PLAN DUDUK DIAM DAPAT DUIT?
1. "DUDUK DIAM DAPAT DUIT." Yang duduk diam dapat duit itu ialah company, bukan anda. Ini biasanya sistem matrix. Kononnya anda masuk aje, tunggu diam-diam akan dapat duit dengan sistem auto-placement.Percayalah, company bukan bodoh. Biasanya owner company sendiri akan letak di peringkat atas semua akaun mereka sendiri. ANAK, ISTERI, CUCU, CICIT, NENEK, MOYANG, SEMUA ADA AKAUN.
Jadi bila kita masuk, semuanya pergi ke poket mereka dahulu. Kemudian 001 juga, untuk bukti tunjuk statement income dengan orang ramai. Semua ini adalah permainan dan strategi company belaka.
Seorang leader besar sahabat baik saya juga terkena kerana dia tidak tau rahasia ini.
Dia pulun betul-betul dan collect berjuta ringgit. Kemudian dia masuk lagi RM500,000 akaun sendiri, RM500,000 akaun isteri. Masuk aje, Company freeze akaun. RM1,000,000.00 (RM 1 juta) melayang sekelip mata. Ini leader besar yang rapat dengan owner. Speaker company. Sama-sama boleh duduk karaoke. Kalau member biasa seperti saya atau anda?
Sahabat saya ini tersangat rapat dengan owner. Itupun owner boleh buat macam itu. Bayangkan. Sekarang sahabat saya itu dah tak buat lagi dengan company tersebut.
Setengah owner company MLM di Malaysia ini memang macam gansgter cara mereka berbisnes. Hati-hati.
LEADER DAPAT INCOME BESAR SEKELIP MATA.
Terjadi juga, 001 atau 'top leaders' print income statement palsu untuk jaja tunjuk kepada prospek, walhal nak minum pun tak ada duit nak bayar.
Yours truly-muhdabdullah



No comments:
Post a Comment